
Zaid Ibrahim insan penuh tawadduk ??   Pencalonan Zaid Ibrahim mewakili  Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit sebanyak telah memberi kelegaan  kepada jentera Barisan Nasional.  Zaid Ibrahim yang penuh dengan  pelbagai isu salahlaku dan juga mempunyai persepsi buruk dika...langan  ahli-ahli PKR sendiri bolehlah diibaratkan sebagai "racun" bagi Anwar  dan Pakatan Rakyat di P94 Hulu Selangor.  Walaupun banyak orang didalam  PR tidak bersetuju dengan tindakan "tidak waras" Anwar yang tetap  mencalonkan Zaid Ibrahim biarpun ramai pemimpin PKR sendiri  menentangnya, Fuziah Salleh dan juga Saifuddin Nasution pula telah  membuktikan bahawa bahawa merekalah "pembodek tegar" dan balaci yang  paling setia kepada setiap keputusan Anwar.  Fuziah Salleh yang  merupakan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR tanpa rasa malu mengeluarkan  ayat bodek peringkat tertinggi bagi mengambil hati dan menyokong calon  pilihan Anwar itu.  Fuziah menyifatkan pemilihan calon oleh Anwar ini  adalah yang terbaik. Dia melahirkan rasa yakin bahawa Zaid merupakan  calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor.   Fuziah Salleh juga melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid  Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung.   Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid Ibrahim  sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap terpuji Zaid mampu  menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor.  Dia juga tanpa segan  silu mengaku bahawa mengenali Zaid yang disifatkannya sebagai seorang  punya prinsip dan ketegasan.   Selain itu, Saifuddin memuji Zaid sebagai  seorang yang dikatakan mempunyai ketajaman dan daya intelektual yang  luar biasa. Bagi Saifuddin, penampilannya Zaid Ibrahim membuatkannya  mudah didekati dalam memberi pandangan.   Inilah bukti "kehebatan" skill  bodek dan ampu yang ada pada Fuziah dan juga Saifuddin Nasution.  Jika  Anwar meletakkan "kerbau pendek" sebagai calon PKR di Hulu Selangor  sekalipun, pasti dua "makhluk" ini akan tetap menyokong keputusan Anwar.    Selepas ini kita tunggu pula apa "pujian" dari pemimpin-pemimpin Pas  bagi menyokong Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan saman terhadap  tindakan Pas mahu melaksanakan "hudud' tak lama dulu.  Jangan hairan  jika pemimpin dan penceramah Pas memuji-muji dan menceritakan tentang  sifat tawadduk Zaid Ibrahim sewaktu berkempen selepas hari penamaan  calon nanti.   Seluruh negara sudah tahu dengan pe'el pemimpin-pemimpin  Pas yang terkenal dengan sifat munafiq dan penuh dengan putarbelit  politik mereka.