
Cinta itu adalah  perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun  yg turun dari langit, bersih & suci. Cuma tanahnyalah yg  berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yg tandus, tumbuhlah  oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong  & lain2 perkara yg tercela. Tetapi jika ia jatuh kpd tanah yg subur,  di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yg  tinggi & lain2 perangai yg terpuji. -Hamka- 
