Thursday, June 10, 2010

~Cinta~


Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun yg turun dari langit, bersih & suci. Cuma tanahnyalah yg berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yg tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong & lain2 perkara yg tercela. Tetapi jika ia jatuh kpd tanah yg subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yg tinggi & lain2 perangai yg terpuji. -Hamka-

Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Friday, April 16, 2010

Poll.


Zaid Ibrahim insan penuh tawadduk ?? Pencalonan Zaid Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada jentera Barisan Nasional. Zaid Ibrahim yang penuh dengan pelbagai isu salahlaku dan juga mempunyai persepsi buruk dika...langan ahli-ahli PKR sendiri bolehlah diibaratkan sebagai "racun" bagi Anwar dan Pakatan Rakyat di P94 Hulu Selangor. Walaupun banyak orang didalam PR tidak bersetuju dengan tindakan "tidak waras" Anwar yang tetap mencalonkan Zaid Ibrahim biarpun ramai pemimpin PKR sendiri menentangnya, Fuziah Salleh dan juga Saifuddin Nasution pula telah membuktikan bahawa bahawa merekalah "pembodek tegar" dan balaci yang paling setia kepada setiap keputusan Anwar. Fuziah Salleh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR tanpa rasa malu mengeluarkan ayat bodek peringkat tertinggi bagi mengambil hati dan menyokong calon pilihan Anwar itu. Fuziah menyifatkan pemilihan calon oleh Anwar ini adalah yang terbaik. Dia melahirkan rasa yakin bahawa Zaid merupakan calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor. Fuziah Salleh juga melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid Ibrahim sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap terpuji Zaid mampu menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor. Dia juga tanpa segan silu mengaku bahawa mengenali Zaid yang disifatkannya sebagai seorang punya prinsip dan ketegasan. Selain itu, Saifuddin memuji Zaid sebagai seorang yang dikatakan mempunyai ketajaman dan daya intelektual yang luar biasa. Bagi Saifuddin, penampilannya Zaid Ibrahim membuatkannya mudah didekati dalam memberi pandangan. Inilah bukti "kehebatan" skill bodek dan ampu yang ada pada Fuziah dan juga Saifuddin Nasution. Jika Anwar meletakkan "kerbau pendek" sebagai calon PKR di Hulu Selangor sekalipun, pasti dua "makhluk" ini akan tetap menyokong keputusan Anwar. Selepas ini kita tunggu pula apa "pujian" dari pemimpin-pemimpin Pas bagi menyokong Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan saman terhadap tindakan Pas mahu melaksanakan "hudud' tak lama dulu. Jangan hairan jika pemimpin dan penceramah Pas memuji-muji dan menceritakan tentang sifat tawadduk Zaid Ibrahim sewaktu berkempen selepas hari penamaan calon nanti. Seluruh negara sudah tahu dengan pe'el pemimpin-pemimpin Pas yang terkenal dengan sifat munafiq dan penuh dengan putarbelit politik mereka.

Monday, January 4, 2010

Clock